WASILAH WASILAH IMAM GHOZALI
- Ibadah
dan pengetahuan sambil makan haram adalah seperti konstruksi pada kotoran.
(Imam Al Ghazali)
- Belum
pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya
sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang
saya. (Imam Al Ghazali)
- Barangsiapa
yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah,
niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar. (Imam Al
Ghazali)
- Barangsiapa
yang menghabiskan waktu berjam – jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana
ditakutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin. (Imam Al
Ghazali)
- Barangsiapa
yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba – hamba Allah,
sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya. (Imam Al
Ghazali)
- Berani
adalah sifat mulia kerana berada di antara pengecut dan membuta
tuli. (Imam Al Ghazali)
- Pemurah
itu juga suatu kemuliaan kerana berada di antara bakhil dan boros. (Imam
Al Ghazali)
- Bersungguh
– sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan
kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.(Imam Al
Ghazali)
- Cinta
merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus dipelihara dan
dipupuk, suburkan dengan shalat serta ibadah yang lainnya. (Imam Al
Ghazali)
- Ciri
yang membedakan manusia dan hewan adalah ilmu. Manusia adalah manusia mulia
yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.(Imam
Al Ghazali)
- Hadapi
kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan
penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan menampakkan sikap angkuh dan
sombong. (Imam Al Ghazali)
- Ilmu
itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan
tenaga badan daripada kelemahan. (Imam Al Ghazali)
- Yang
paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu yang
jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka. (Imam Al Ghazali)
- Kita tidak akan sanggup mengekang amarah dan
hawa nafsu secara keseluruhan hingga tidak meninggalkan bekas apapun dalam diri
kita. Namun jika mencoba untuk mengendalikan keduanya dengan cara latihan dan
kesungguhan yang kuat, tentu kita akan bisa. (Imam Al Ghazali)
- Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia
hati. (Imam Al Ghazali)
- Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi
hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam Al Ghazali)
- Kalau besar yang dituntut dan mulia yang
dicari,maka payah melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya. (Imam
Al Ghazali)
- Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana
tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti
kedatanganmu setiap masa. (Imam Al Ghazali)
- Pelajari ilmu syariat untuk menunaikan segala
perintah Allah SWT dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di
akhirat nanti. (Imam Al Ghazali)
- Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu
adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah
jihad. (Imam Al Ghazali)
- Kecintaan kepada Allah melingkupi hati,
kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. (Imam Al
Ghazali)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar